BERITA

“Tipulah Tak Rasa Down Bila Kita Seboleh-Boleh Try Nak...”- Tasha Manshahar Sedih Bayi Demam Kuning

Syafiqah Jalal 27/06/2019 | 02:23 MYT
Penyanyi Tasha Manshahar akui sedih apabila mendapat tahu bayinya menghidap penyakit demam kuning.
Tasha akui pada mulanya dia amat bimbang akan keadaan putera sulungnya tetapi sedikit lega apabila diberitahu doktor bacaan kuning anaknya berada dalam tahap terkawal.
“I’ve been receiving banyak sangat DMs berkaitan dengan pengalaman dan tips kurangkan jaundice baby since Raqib share semalam.
0Masa dapat tahu baby jaundice I cried a river! Sebab takut berisiko, bahaya, kena warded. Kesiannyaaa babyyy. Tapi bila bacaan adalah ditahap terkawal, I felt a lil bit lega.
“And bila ramai cakap jaundice ni normal untuk baby, ramai share pengalaman and support dekat mommy baru yang baru nak explore macam Tasha ni, I felt a lot better. Ya Allah Alhamdulillah ramai sangat orang baik. Thank you sangat,” tulisnya
Tasha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menurut Tasha dia kini mengikut nasihat doktor untuk memperbanyakkan menyusu untuk anaknya.
Bagaimanapun ia amat sukar kerana Tasha memberitahu susu badannya tidak dapat keluar dengan banyak di awal kelahiran bayinya.
“And doktor pun cakap cara paling mujarab untuk cepat kurangkan jaundice baby adalah dengan bagi susu (sebaiknya breastfeed) sekerap mungkin supaya baby kerap buang air besar/kecil.
“So kuning tu akan keluar sekali dengan najis dia. Jaundice ni adalah sejenis demam, so most of the time baby akan tidur je, tapi try untuk kejutkan dia every two hours macam tu, dan susukan.
“Emm nampak macam senang, tapi untuk first-time mommy macam Tasha, struggle jugak. Tipulah tak rasa down bila kita seboleh-boleh try nak bf anak tp susu baru je nak start ada. Sikit-sikit je pulak tu. Lagi pulak baby boy memang kuat menyusu.
“Tapi InshaAllah based on tips senior mommies bagi, kalau selalu df and pam bila perlu, lama-lama susu akan banyak kan? Aminnnnn,” katanya lagi.
Tasha melahirkan bayi sulungnya pada 22 Jun lalu.
Tasha mendirikan rumah tangga dengan Raqib Majid pada 8 September 2018 di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
#Anak #Tasha Manshahar #Bayi #Raqib Majid #Demam Kuning