Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

‘Tipu-Tipu’ Cucuk Vaksin Viral Lagi! – “Dah Cucuk Tapi Tak Tekan Pun Picagari Tu!”

Fiza Kamarudin
19/07/2021 11:45 MYT
Sejak semalam tular video seorang wanita yang pergi mendapatkan suntikan vaksin secara pandu lalu tetapi picagari tidak ditekan oleh petugas kesihatan.

Sungguhpun jarum suntikan kelihatan menembusi kulit penerima vaksin, tetapi menerusi video dipaparkan, petugas kesihatan dilihat seperti tidak menekan picagari yang mengandungi dos vaksin.

Selepas jarum suntikan dikeluarkan, cecair (yang dipercayai vaksin) dalam picagari masih jelas kelihatan kerana penanda hitam di dalam picagari tidak berganjak.

Yang menjadi tanda-tanya warganet apabila petugas yang lengkap dengan PPE itu menutup semula picagari dipegangnya.

Kerana menurut mereka, kebiasaannya petugas kesihatan akan terus membuang picagari yang sudah digunakan ke dalam tong hazard.

Video tular tersebut turut dikongsi bekas penyampai berita dan penyanyi Iesya Toh menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.

Menerusi ruangan rata-rata pengguna laman sosial memohon agar perkara tersebut disiasat untuk dibuktikan kesahihannya.

Warganet turut menyatakan kekesalan sekiranya benar penerima vaksin itu tidak disuntik kerana ia merupakan satu pembohongan dan penganiayaan.

“Adoiii tak tekan langsung. Kenapa ya sampai macam ni? Bukan 1, 2 kes. Dah tengok banyak juga macam ni….Nak tahu juga jawapan ni????,” tulis seorang warganet di ruangan komen IG Iesya Toh.

“Apa masalahnya KKM or frontliner kena buat macam ni eh?? Vaksin ni ada ke tak ? Cukup ke tak? Sangat clear nampak yang frontliner tu tak tekan pun dos vaksin tu,” tulis seorang lagi.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengesahan mengenai perkara sebenar yang berlaku.

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh)

Sebelum ini pernah tular seorang individu terkejut apabila mendakwa menerima suntikan vaksin jenis Pfizer ‘kosong’ ketika mendapatkan suntikan di Hospital Banting.

Individu berkenaan mendakwa hanya menyedari perkara tersebut selepas menonton kembali rakaman video yang dibuat ketika proses berkenaan.

Katanya, selepas meneliti semula rakaman video tersebut dia mendapati pihak berkenaan tidak menekan jarum untuk memasukkan vaksin ke dalam badan.

#Viral #Tular #Vaksin #Anti Vaksin #pfizer #Sinovac #Astrazeneca #Tak Cucuk Vaksin
;