Tiram Bakar Keju, Gulai Kawah Daging Batang Pisang, Peknga Antara Bufet Ramadan Wajib Cuba Di Hotel Seri Pacific!
Amri Hassan
09/03/2024 11:09 MYT
09/03/2024 11:09 MYT
Hotel Seri Pacific menjemput orang ramai untuk menikmati Bufet Citarasa Zaman Berzaman di Restoran Zende mulai 14 Mac hingga 7 April ini.
Apa yang menariknya, pelanggan akan dapat merasai pelbagai menu halal termasuk masakan kampung, Arab, hidangan tradisi Cina, makanan laut, kuih-muih dan banyak lagi. Semuanya dilabelkan mengikut negeri yang ada di Malaysia! Unik sungguh.
Namun, hidangan wajib yang akan membangkitkan selera ialah tiram segar yang dibakar bersama keju serta kambing golek.
Lebih menarik, Hotel Seri Pacific juga menyediakan hidangan berkuah seperti bakso dan sup gear box selain snek bergoreng seperti pisang goreng, cucur ikan bilis dan cucur pisang resipi asli turun-temurun.
Beberapa hidangan lain yang menjadi pilihan Gempak ialah peknga, gulai kawah daging batang pisang dan mi cedok.
Pakej berbuka puasa itu boleh dinikmati pada harga early bird RM130 (dewasa) yang boleh ditempah sejak 29 Februari 2024.
Manakala, harga yang dikenakan selepas tarikh itu sebanyak RM160 untuk dewasa dan RM80 bagi kanak-kanak.
Hotel Seri Pacific juga menyediakan pakej bufet bersahur dengan harga RM50 untuk dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak.
Maklumat lanjut dan tempahan hubungi 014-2893404 melalui aplikasi WhatsApp atau layari laman web Hotel Seri Pacific.