Hiburan
Tiru Permainan Jepun, Pengarah Produksi Running Man Mohon Maaf
Pengarah produksi rancangan popular Running Man, Im Hyung Taek memohon maaf selepas didakwa meniru format permainan program variati terkenal dari Jepun.
Netizen mendakwa permainan yang diberi nama ‘Korokoro Viking’ dalam episod terbaru Running Man itu menyerupai program variati Jepun berjudul ‘VS Arashi’.
Menurut Im Hyung Taek, perkara tersebut berlaku kerana pihak produksi tidak sempat untuk membuat semakan tentang sumber permainan yang dimainkan oleh Running Man.
“Saya tidak boleh berikan apa-apa komen mengenai isu tersebut kerana tidak menonton rancangan variati itu.
“Tetapi sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap program Running Man, saya memohon maaf kepada penonton kerana tidak mampu untuk memeriksa kesemua permainan dengan teliti.
“Selepas kejadian ini, kami akan lebih peka dan berhati-hati pada masa akan datang.” jelasnya.
Jadi apa pula pendapat anda sebagai peminat Running Man di Malaysia?
Susunan Oleh: Mya Amri
Sumber: Koreaboo, Soompi
Must-Watch Video