Hiburan

Tiru Resipi Biskut Khairul Aming, Kenapa Wany Hasrita Ayak Gula Kasar?

gempak
Azwa Rahman
02/07/2020
18:11 MYT
Sponsor Banner
Tiru Resipi Biskut Khairul Aming, Kenapa Wany Hasrita Ayak Gula Kasar?
Penyanyi Wany Hasrita mempamerkan aksi membuat biskut namun gelagatnya tersalah menggunakan penapis mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi laman sosial Instagram, Wany berkongsi aksi membuat biskut amaturnya itu untuk tatapan umum.
“Yang kedua kau letaklah gula dalam setengah cawan. Aku pun tak faham kenapa aku letak dalam penapis gula ni, bodoh jugak aku ni,” kata Wany menerusi video tersebut.
Menerusi perkongsian itu, Wany meletakkan gula kasar di dalam penapis namun kemudian tersedar gula tersebut tidak perlu diayak.
Difahamkan Wany ingin meniru resipi biskut coklat cip personaliti memasak popular Khairul Aming.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat tutorial memasak Wany.
“Tapis gula tu takut ada semut ke?” kata seorang wargamaya.
“Bila semua benda kau nak ayak, benda yang tak sepatutnya pun nak ajak jugak ye,” tulis seorang wargamaya.
“Hmm, manis betul kebodohan tu Wany,” ujar seorang wargamaya.
“Tapis gula tapi masuk semua,” komen seorang wargamaya.
“Tak dibuat orang tapis gula Wany,” usik seorang wargamaya lagi.
Sedutan terayak gula tersebut disunting daripada video sebenar yang dimuat naik di laman YouTube.
Sehingga kini, Wany mengumpul seramai 90,000 di saluran YouTubenya dan video tersebut telah menerima sebanyak 75,000 tontonan di Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live