Muzikal Lawak Superstar 2
Tiru Watak Ketua Pembangkang Dalam Program MLS, Danial Zaini Terima Pujian Anwar Ibrahim - “Salute!”
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila dengan sportingnya memuji persembahan peserta Muzikal Lawak Superstar (MLS) Danial Zaini yang meniru aksinya dalam program tersebut Jumaat lalu.
Menerusi laman sosial Twitter, Anwar mengulang ciap hantaran seorang pengguna yang berkongsi babak Danial menjadi Anwar Ibrahim sambil memuji usaha pelawak tersebut.
Menerusi perkongsian video berdurasi dua minit itu, kumpulan Heart yang terdiri daripada Ezad Lazim, Azmi Saat dan Danial mempersembahkan skesta perebutan jawatan ketua kampung.Salute! Kita yang faham seni harus meraikan ?? https://t.co/cKoloTSM19— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) March 26, 2021
Danial menjadi Anwar Ibrahim manakala Azmi meniru Usop Wilcha, berdebat manifesto masing-masing sehingga membuatkan tiga juri tetap Datuk Awie, Nur Fazura dan Zul Ariffin ketawa besar.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji persembahan Danial dan sikap Anwar yang tidak melatah dengan aksi parodi tersebut.
“Hampir sama gaya dan suaranya. Bukan senang nak tiru begitu #salute,” kata seorang wargamaya.
“Salute to you @anwaribrahim . Your open-mindedness shows that you are indeed a great leader and open for any critisism and suggestions,” puji seorang wargamaya.
“Betul..aku suka sangat lawak "convincing/formidable/numbers" tu. Memang terbaiklah, patut dapat pencalonan,” ujar seorang wargamaya.
“Bila @DanialZaini1 keluar berbaju putih, aku dah hagak dia jadi @anwaribrahim dan terbukti watak DSAI tu menjadi. Dia cuma tiru gaya tapi tak menghina DSAI,” sokong seorang wargamaya.
“Steady, tak melantun pun,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, ciapan Anwar tersebut telah menerima hampir 4,000 tanda suka daripada wargamaya.
Must-Watch Video