Hiburan
"Tisu Tangan Koyak Ke Bro" - Muat Naik Foto Pakai 'Arm Sling', Pengikut Doakan Kesembuhan Alif Satar
Pengacara dan penyanyi versatil, Alif Satar telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.
Foto tersebut menunjukkan Alif sedang berada di kawasan pusat membeli belah dengan keadaan tangannya memakai 'arm sling' kerana tisu tangan koyak.
Rata-rata peminat serta rakan artis terkejut dan risau dengan keadaannya apabila melihat foto tersebut.
Mereka tidak lupa untuk meninggalkan komen mendoakan supaya Alif cepat kembali pulih.
Sekadar info, Alif mula aktif di industri hiburan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
Must-Watch Video