Titi DJ Pamer Wajah Sebelum & Selepas Pembedahan Plastik: “Rasa Macam Rambut Tercabut Satu Per Satu”
Maliah Surip
01/02/2023 04:00 MYT
01/02/2023 04:00 MYT
Bintang senior yang merupakan penyanyi terkenal Indonesia, Titi DJ mengejutkan peminat apabila secara terbuka berkongsi transisi wajahnya sebelum dan selepas menjalani pembedahan plastik.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi kemas kini dalam laman sosial, Instagramnya, baru baru ini. Dia menampilkan wajahnya sebelum dan selepas dua minggu melakukan prosuder tersebut.
Pelantun lagu Sang Dewi itu mengatakan telah menjalani rawatan pembedahan plastik di Korea Selatan.
Bukan satu, tapi wanita berusia 56 tahun tersebut memberitahu melakukan lima proses pembedahan pada bahagian wajahnya.
Ia termasuklah pembedahan di bawah kelopak mata sertamembuang lemak pada bahagian rahang dan dahi.
Antara kenyataan yang ditulis, Titi DJ mengatakan baru tiga minggu menjalani pembedahan tersebut dan masih menunggu sehingga wajahnya yang membengkak pulih.
“Walaupun sekarang mukaku masih bengkak selepas 3 minggu pembedahan, namun saya gembira dengan hasilnya,” tulis Titi DJ gembira.
Malah dalam salah satu kemas kininya semalam, Titi DJ menceritakan proses dirinya pulih dari pembedahan dari hari pertama sehingga balut luka dibuka pada hari ke-7 dan hari ke-14.
“Pada hari ke-7, jahitan pada bahagian bawah mata dibuka. Rasanya seperti bulu mata dicabut!
“Hari ke-14, jahitan pada bahagian kepala dan telinga dibuka dan rasa seperti rambut tercabut satu persatu! Tapi saya boleh tahan,” katanya lagi.
Dia kemudian bersyukur kerana pola makan seperti tidak merokok atau mengambil alkohol menjadi salah satu faktor dirinya boleh melakukan pembedahan yang memang dibolehkan oleh pakar buat individu berusia 50 tahun dan ke atas.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.