Pengacara dan usahawan berjaya Noor Neelofa Mohd Noor mencuri tumpuan wargamaya apabila memberikan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin baru Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar.

Menerusi laman sosial Twitter, Neelofa memuat naik sekeping foto pasangan pengantin baru itu beserta ucapan dan doa yang penuh bermakna.

Namun, dalam meraikan pasangan pengantin baru tersebut, ramai wargamaya yang tidak sabar dan ternanti-nantikan majlis perkahwinannya.

Di ruangan balas, rata-rata wargamaya mendoakan agar Neelofa segera bertemu jodoh yang terbaik dan mengikut jejak langkah Mira Filzah.

“Tak sabar perkahwinan awak pulak. Semoga jumpa jodoh yang baik untuk Lofa,” komen seorang wargamaya.

“Tapi… perkahwinan awaklah yang kami semua nantikan,” luah seorang wargamaya.

“Tak sabar nak tunggu kak Lofa kahwin pulak. Mesti lagi wow,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga kak Lofa segera menyusul,” doa seorang wargamaya.

“Antara artis yg aku tunggu-tunggu nak tengok wedding dia. Jangan lama-lama Lofa,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, ucapan Neelofa tersebut telah menerima hampir 10,000 tanda suka daripada warga Twitter.