Kita pasti pernah mendengar dan mengetahui kisah-kisah misteri atau gangguan dialami oleh orang-orang terdekat dengan kita kan?

Begitu juga dengan pelakon Tiz Zaqyah yang mendedahkan dirinya mengalami gangguan misteri selama dua bulan.

Gangguan tersebut sebenarnya dilalui Tiz ketika melakonkan watak Cikgu Farha dalam drama bersiri Cerita Hantu Asrama.

Drama bersiri tersebut mengambil inspirasi daripada kisah kisah aneh yang sering kita dengar atau menjadi urban legend seperti kisah qarin, histeria, hantu loker, satu dah tidur,..dua dah tidur, kisah nenek kebayan, penunggu pokok tua dan sebagainya.

Drama bersiri ini diarahkan oleh Faliq Shariff sementara skrip tulisan Marr Mohamad dan bakal ditayangkan bermula 5 Disember 2019, setiap Khamis jam 11 malam hanya di Astro Prima dan Astro Prima HD.

Selain Tiz Zaqyah, drama bersiri yang diterbitkan oleh pelakon Rozita Che Wan ini dibintangi oleh barisan pelakon dan artis BBNU terkenal seperti Ariff Bahran, Afieq Syazwan, Aiman Tino, As’ad Motawh, Fara Hazel dan Wany Kayrie,.

Turut membintangi drama terbitan Padusi Pictures itu ialah Eyka Farhana, Aman Aziz, Raja Atiq, Sweet Qismina, Adam Lee dan ramai lagi.

Sharifah Rose, Yuna Rahim, As’ad Motawh, Aiman Tino, Fara Hazel, Eyka Farhana, Aman Aziz, Raja Atiq, Wany Kayrie, Afieq Shazwan, Sweet Qismina, Adam Lee dan ramai lagi.

Cerita Hantu Asrama mengisahkan tentang Farha lakonan Tiz Zaqyah yang bertugas sebagai warden baru di asramanya. Pada minggu itu, empat pelajar asrama iaitu Daneen (Yuna Rahim), Adi (As’ad Motawh), Yusran (Ariff Bahran) serta Wani (Sharifah Rose) telah didenda dan tidak dibenarkan pulang ke asrama.

Keempat mereka akhirnya bertemu dengan Cikgu Farha. Cikgu Farha meluahkan pada mereka tentang gangguan misteri yang telah dialaminya sepanjang dua bulan bertugas di asrama itu.

Hal itu membuatkan keempat pelajar berkenaan bercerita tentang kisah seram asrama yang menjadi bualan dan lagenda di asrama berkenaan. Tanpa mereka sedari, sedang mereka bercerita, ada yang sedang memerhatikan mereka. Apakah akan terjadi?