Pelakon Tiz Zaqyah meluat terhadap perbuatan tak senonoh segelintir pengguna media sosial yang tanpa segan silu menghantar gambar lucah kepadanya.

Kongsi Tiz menerusi akaun Instagramnya, dia terkejut apabila menerima gambar kemaluan lelaki menerusi sepotong video memasak yang dimuat naik di platform tersebut.

"Itu video saya tengah memasak tu. Kau bayangkan adik, kakak atau anak kau menerima gangguan sebegini. Kau diam je ke?

"Tak tahulah akaun palsu ke apa ke. Ramai sangat orang macam ni.

"Jadi? Sekat dan abaikan, lepas tu boleh saya tahu apa akan jadi kepada mereka?

"Masih bernafas udara yang sama dan menikmati kehidupan dengan bebas pada masa sama masih memburu wanita lain pula. Takkan senang sangat kot?" kongsi Tiz.

Tambah Tiz, dia tampil mendedahkan perkara terbabit mewakili suara wanita yang tertindas dengan sikap jelik segelintir golongan lelaki.

"Aku minta maaf post gambar tu. Aku nak korang rasa apa aku dan ramai lagi perempuan kat luar sana rasa.

"Bukannya setahun dua di media sosial dan berapa lama lagi kita hanya mampu menyekat akaun sebegini dan berharap tiada perkara buruk terjadi pada hari mendatang?

"Kenapa perempuan selalu kena berdepan perkara menjijikkan ini manakala pelakunya diam dan hidup bersenang-lenang ibaratnya mereka berhak?

"Aku pun taknak kecoh-kecoh, tapi berapa lama lagi kena hadap benda macam ni? Senangnya hidup kau," katanya.



Kongsi Tiz lagi, ada antara kru produksi yang pernah dibuang kerja gara-gara menyorok di dalam sebuah bilik tempat artis menyalin pakaian sebelum ini.

"Dekat tempat kerja ada budak kena buang sebab ada dalam bilik menyorok masa artis tukar baju.

"Nasib baik tak kena kepala paip kat kepala. Habis tu?

"Dorang kat media sosial ni? Seronok sangat, semua lepas. Naik kepalalah kan," luah Tiz lagi.




Instagram: @tiz.zaqyah