Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tiz Zaqyah Positif COVID-19, Seru Orang Ramai Duduk Rumah - "Doakan Untuk Saya & Keluarga"

Zulaikha Yusof
09/05/2021 07:20 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah, 33, menyampaikan khabar kurang baik apabila mengumumkan dirinya positif COVID-19, hari ini.

Menerusi laman Instagram rasminya, Tiz menyatakan dia mendapat berita itu pada awal pagi tadi menerusi satu panggilan telefon daripada sebuah hospital swasta.

"Sekitar 8.30 pagi tadi saya mendapat panggilan daripada Subang Jaya Medical Centre memaklumkan bahawa saya telah disahkan positif COVID-19.

"Dinasihati untuk kuarantin di rumah sekarang. Doakan untuk saya dan keluarga," tulisnya.

A post shared by ??? ?????? ????? (@tiz.zaqyah)


Tambah pemilik nama Siti Zaqyah Abdul Razak, dia mula menyedari tidak berasa sihat apabila mengalami batuk serta badan menggigil.

Dalam pada itu, pelakon drama Sara Sajeeda ini mengingatkan kepada semua supaya kekal berada di rumah kerana penularan wabak makin berleluasa.

"Bermula dengan batuk ringan dan menggigil. Terasa badan saya tidak memberi tindak balas yang sama.

"Tolong pergi buat ujian calitan (swab test) sekiranya menghidap demam, selesema, bersin, batuk, sakit kepala. Jangan terlalu yakin kerana ada yang sama sekali tidak menunjukkan gejala.

"Tolong duduk di rumah. Dia (virus) ada di mana-mana saja. No joke," tulisnya lagi.

Status itu mendapat banyak reaksi daripada rakan artis dan warganet yang mendoakan kesembuhan Tiz malah mereka turut menyampaikan kata-kata semangat kepada selebriti itu.

Sebelum ini, Ashraf Muslim, Puteri Aishah, PU Riz, Shima Anuar, Emma Maembong dan Sweet Qismina mengalami nasib yang sama apabila turut dijangkiti COVID-19.

;