,
Gaya Hidup

TMJ Sah Presiden Baharu FAM

Syafiqah Jalal
25/03/2017
04:01 MYT
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kini sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 hari ini.
Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di Hotel Hilton Petaling Jaya di sini. Menurut Hamidin, TMJ diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan.
"Dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa, saya mencadangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menang tanpa bertanding," katanya pada kongres berkenaan.
Cadangan berkenaan mendapat sokongan daripada semua perwakilan sebelum Hamidin mengumumkan jawatan itu sah milik Tunku Ismail.
Annuar, penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada pertandingan satu lawan satu bagi jawatan presiden, 48 jam sebelum kongres bermula.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Johor Tukar Cuti Hujung Minggu Kepada Sabtu & Ahad Mulai 1 Jan 2025

gempak
07/10/2024
07:17 MYT
Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Januari tahun hadapan.
Viral

IShowSpeed Beri Kejutan Untuk Peminat Malaysia, Buat 'Live' Dengan TMJ

gempak
23/09/2024
06:55 MYT
Streamer terkenal dari Amerika Syarikat, IShowSpeed kembali membuat kejutan kepada peminatnya di Malaysia apabila berpatah balik ke Stadium Sultan Ibrahim untuk bertemu dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Sukan

Kim Pan-gon Letak Jawatan? Tunggu Sidang Media Petang Ini…

gempak
16/07/2024
04:50 MYT
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan satu sidang media khas petang ini, difahamkan pada jam 2 petang, di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Sukan

Isu Denda, Selangor FC Bakal Failkan Rayuan Rasmi Kepada MFL

gempak
27/06/2024
17:38 MYT
Selangor FC (SFC) akan memfailkan rayuan berdasarkan keputusan yang telah dipertimbang semula oleh Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berlandaskan peraturan-peraturan berkaitan.
Sukan

Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Kecewa Dengan FAM & Presiden FAM

gempak
26/06/2024
15:25 MYT
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan keputusan Malaysian Football League (MFL) yang mengenakan denda terhadap pasukan Selangor FC.
BorakSeeni