Bagi yang mengikuti The Masked Singer Malaysia 2 pasti tahu Bujang Senang merupakan antara maskot popular musim ini.

Ini kerana bentuk badannya yang tegap, perangai suka mengusik, agak ‘nakal’ ketika di pentas dan memiliki suara serak-serak basah membuatkan ramai jatuh hati.

Berbicara soal suara, minggu ke minggu Bujang Senang berjaya mengelirukan netizen dengan nyanyiannya.

Antara nama-nama disangka menjadi figura disebalik topeng Bujang Senang yang diteka netizen adalah Akim Ahmad, Syamel, Sharul Kamal dan Hun Haqeem.

Bagaimanapun dengan penyingkiran Bujang Senang pada minggu suku akhir Jumaat lalu ternyata nama-nama tersebut salah!

Sebaliknya figura sebenar adalah penyanyi dan pelakon, Sabhi Saddi.

Bagaimanapun, pelakon Hun Haqeem dengan sporting memberikan respon buat mereka yang telah menyangka dirinya Bujang Senang.

“Finally! How I wish suara Hun sedap macam @sabhisaddi,” komennya ringkas.

Melihat kepada respon itu, netizen juga mencadangkan nama Hun untuk musim akan datang memandangkan aktor kacak ini juga boleh menyanyi.

Hmm menarik juga ya cadangan netizen, manalah tahu kot-kot ada rezeki Hun untuk musim akan datang kan? hehe.

Jangan lupa saksikan minggu separuh akhir The Masked Singer Malaysia 2 Jumaat ini guys.

Siapalah agaknya yang berjaya ke final eh? Nervous!

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.