Minggu pertama The Masked Singer Malaysia 2 (TMSM2) menyaksikan penyingkiran Harum Manis iaitu penyampai radio ERA, Ray.

Walaupun baru konsert pertama namun bintang-bintang TMSM2 sudah mula menunjukkan taringnya. Tak kasi chance guys!

Antara kostum yang berjaya menduduki tempat tiga tertinggi adalah Bujang Senang, Si Merak dan Aiskrim Roti.

Namun sudah menjadi adat pertandingan, jika ada yang tinggi tentulah ada yang memperoleh markah terendah.

Tiga nama kostum yang menduduki tangga terbawah adalah Pepatung, Nanas dan Harum Manis.

Berikut merupakan markah penuh minggu pertama TMSM2:

1. Bujang Senang (Yank - Wali Band) - 91%

2. Si Merak (Let’s Get Loud - J.Lo) - 87.67%

3. Aiskrim Roti (Isabella - Search) - 85.67%

4. Periuk Kera (Jangan Marah Baby Sayang - Unknown Band) - 85.22%

5. Mat Penyu (Gemuruh - Faizal Tahir) - 84.44%

6. Rambutan (Kurik Kundi - Datuk Siti) - 84.44%

7. Seladang (Kembali Merindu -Slam) - 82.22%

8. Burung Hantu (Rindu & Secangkir Madu Merah - Amelina, Sheeda) - 81.22%

9. Orkid (Kuca-Kuca - Lia Aziz) - 75.22%

10. Ratu Semut (Dikir Puteri - Noraniza Idris) - 72.67%

11. Teh Tarik Kaw (Kenangan Bersamamu - Lefthanded) - 63.78%

12. Pepatung (Teman Tapi Mesra - Ratu) - 62.22%

13. Nanas (Itik Gembo Gembo - A to Z) - 60.78%

14. Harum Manis (Oh La La - KRU) - 59.67%

BACA: TMSM2: Nanas Tersingkir, Ray Pasrah Rezeki Hanya Setakat Oh La La

Apa pula keadaannya untuk minggu kedua nanti? Siapa pula yang bakal tersingkir?

Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Rlla Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.