Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

TMSM2: Lepas Dah Kantoi, Sazali Samad Belanja Video Traning Vokal, Amboi Boleh Tahan!

Mya Amri
24/02/2022 09:39 MYT

Tidak dinafikan masih ramai yang rasa tidak percaya dengan penyertaan bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad sebagai kostum Teh Tarik Kaw dalam The Masked Singer Malaysia 2.

Mungkin ramai tidak tahu tapi Sazali merupakan seorang yang sangat peramah dan suka menyanyi.

Walaupun sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan besar namun Sazali memberanikan diri untuk mencuba di pentas The Masked Singer Malaysia 2.

Selepas identitinya didedahkan barulah Sazali memuat naik video pendek merakamkan sesi latihan vokal bersama cikgu di studio.

“Studio training vocal dengan cikgu vocal untuk The Masked Singer Malaysia musim kedua. Terima kasih bagi peluang untuk turut serta.

“Satu lagi pengalaman baru yang tidak akan dilupakan. Respek dengan semua tenaga pekerja,” tulisnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by sazali samad (@sazali.samad)

Nampaknya boleh tahan juga ya nyanyian Sazali.

BACA: TMSM2: Pandai Sorok Lengan & Kaki Sado, Sazali Samad Memang Teh Tarik Kaw!

Apa pula keadaannya untuk minggu kelima nanti? Siapa pula yang bakal tersingkir?

Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam, mulai 28 Januari 2022. 

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu. 

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.

#The Masked Singer #Masked Singer Malaysia 2 #The Masked Singer Malaysia 2 #TMSM2 #Masked Singer 2 #Sazali Samad #Teh Tarik Kaw #Atlet Bina Badan Negara