Nampaknya tekaan penonton sejak minggu lalu tepat apabila figura disebalik kostum Teh Tarik Kaw sebenarnya adalah bekas jaguh bina badan negara, Sazali Samad.

Pujian diberikan kepada juri tetap, Datuk Aznil Hj Nawawi, Ella dan Zizan berjaya meneka dengan betul.

Minggu keempat The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan Teh Tarik Kaw menyampaikan lagu Hati Emas nyanyian asal Kembara.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Teh Tarik Kaw apabila menjadi kostum yang tersingkir di minggu keempat.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Minggu ini menyaksikan Burung Hantu, Bujang Senang dan Rambutan berada ditangga teratas manakala tiga kedudukan terbawah jatuh kepada Mat Penyu, Orkid dan Teh Tarik Kaw.

Apa pula keadaannya untuk minggu kelima nanti? Siapa pula yang bakal tersingkir?

Sama-sama kita nantikan.

The Masked Singer Malaysia 2 menyaksikan seramai sembilan juri tetap iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak.

Pengacara versatil negara, Datuk AC Mizal pula diberikan tanggungjawab sebagai hos The Masked Singer Malaysia 2.

Saksikan The Masked Singer Malaysia 2 setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), dan juga boleh distrim secara eksklusif di aplikasi Astro GO dan On Demand!

Berlangsung selama 10 minggu, sesi rakaman The Masked Singer Malaysia 2 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim kedua ini dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang bakal bersiaran setiap hari Jumaat, jam 8.30 malam.

Live+ yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Anna Al Jufrey ini akan menyingkap semula kesemua persembahan setiap peserta di samping berinteraksi bersama audiens dengan pengisian menarik sepanjang program berlangsung.

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan disokong oleh ERA untuk musim ini, manakala Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital.

Terdahulu, The Masked Singer Malaysia musim pertama telah mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Majlis penganugerahan tahunan ini mengiktiraf pemain industri kandungan terbaik serata Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan, Indonesia, India dan banyak lagi.