Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY3: Bertih Jagung Memang Zizi Kirana! Alamak Netizen Rupanya Dah Jangka Tersingkir - “Ala Suara Out Sikit”

Mya Amri
17/02/2023 16:02 MYT
Tiada rezeki, itulah ayat yang dapat diucapkan kepada Zizi Kirana iaitu figura di sebalik maskot Bertih Jagung.

Bertih Jagung terpaksa akur apabila namanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu suku akhir The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).

Selama sembilan minggu bertahan di pentas TMSMY3, Bertih Jagung merupakan antara maskot kegemaran juri dan juga netizen.

Minggu ini menyaksikan Bertih Jagung menyampaikan lagu berjudul Akar Dan Bumi nyanyian kumpulan Amuk.

Dalam pada itu, komen-komen netizen di media sosial menyatakan bahawa mereka sudah menjangkakan Bertih Jagung tersingkir kerana persembahan yang agak kurang menyengat berbanding minggu lalu.

Antara komen yang diterima:

“Malam ni Bertih Jagung menyanyi out sikitlah, dah jangka dia tersingkir,”

“Tak ada rezeki Bertih Jagung, tapi malam ni tak berapa sangat”

“Ala suara out sikit malam ni, bye bye Bertih Jagung”

Selain Bertih Jagung, dua lagi maskot yang mendapat kedudukan terendah adalah Dewi Angsa dan Brokoli.

Sebelum topeng dibuka, para juri meneka individu di sebalik maskot Bertih Jagung adalah:

Elly Mazlein - Zizi Kirana

Zul Ariffin - Zizi Kirana

Misha Omar - Zizi Kirana

Shuib - Zizi Kirana

Ella - Zizi Kirana

Sharnaaz Ahmad - Zizi Kirana

Emma Maembong - Zizi Kirana

Atu Zero - Zizi Kirana

Didie Alias - Zizi Kirana

Minggu ini juga turut menyaksikan juri, Misha Omar dan Elly Mazlein memeriahkan TMSMY3 dengan menyampaikan lagu Dr Cinta.

Selain Misha dan Elly, juri lain yang menggalas tanggungjawab adalah Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Didie Alias, Atu Zero serta Emma Maembong.

Manakala Ella Aminuddin merupakan juri tetap untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

TMSMY menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

TMSMY3 bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY3 juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Zizi Kirana #Suku Akhir #Masked Singer Malaysia #The Masked Singer Malaysia #The Masked Singer Malaysia 3 #TMSMY3 #Masked Singer 2022 #Bertih Jagung