Penyanyi, Zizi Kirana mengucapkan terima kasih kepada suami tersayang, Yusuf Bahran kerana memberikan sokongan sepanjang menjadi maskot Bertih Jagung di The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).

Menerusi hantaran di Insta Stories miliknya, Zizi berkongsi bahawa mereka suami isteri terpaksa menyimpan rahsia mengenai penglibatannya dalam TMSMY3.

“Macam jaga rahsia besar negara masa ni kan sayang,” tulis Yusuf.

“Ya sayang, kalau tak nanti kita kena saman juta-juta lemon. Terima kasih sayang sebab tolong simpan rahsia,” balas Zizi pula.

BACA: TMSMY3: Bertih Jagung Memang Zizi Kirana! Alamak Netizen Rupanya Dah Jangka Tersingkir - “Ala Suara Out Sikit”

Terdahulu, Bertih Jagung terpaksa akur apabila namanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu suku akhir The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).

Minggu ini menyaksikan Bertih Jagung menyampaikan lagu berjudul Akar Dan Bumi nyanyian kumpulan Amuk.

Selain Bertih Jagung, dua lagi maskot yang mendapat kedudukan terendah adalah Dewi Angsa dan Brokoli.

Sesi rakaman TMSMY3 dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

TMSMY3 bersiaran setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY3 juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.