Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#TMSMY3 [VIDEO] Shuib Sebak Beta Fish Bawa Lagu Siti Sarah, Misha Komen “Terima Kasih Nyanyikan Lagu Sahabat Saya…”

Mya Amri
14/01/2023 12:50 MYT
Pelawak dan juga juri rancangan The Masked Singer Malaysia 3 (TMSM3) iaitu Shuib tidak dapat menahan sebak selepas salah seorang bintang program itu menyampaikan lagu arwah isteri kesayangannya, Siti Sarah.

Tidak hanya Shuib, persembahan dibawakan oleh maskot Beta Fish yang menyanyikan lagu berjudul Saat Hilang Cintamu itu membuatkan juri lain juga turut berasa sedih.

Sebaik sahaja selepas melakukan tugasnya, Beta Fish menerima komen daripada juri iaitu Misha Omar yang mengucapkan terima kasih kerana menyampai lagu sahabatnya.

“Terima kasih kerana menyanyikan lagu sahabat saya, Allahyarhamah Siti Sarah. I can tell that you pun susah nak nyanyi lagu ni.

“Sebab allahyarhamah ni bila dia nyanyi lagu sedih, orang gembira pun boleh sedih terbawa dalam alunan suara dia.

“Tapi Beta berjaya melakukannya.Saya pun sedih juga tadi. Saya rasa saya tahu siapa pemilik suara ini. Saya rasa Ayu Damit,” katanya dalam nada sebak.
undefined Dalam pada itu di ruangan komen, netizen juga akui emosi mereka turut terkesan selepas mendengar lagu tersebut.

Terdahulu, umum mengetahui pemergian Allahyarham Siti Sarah meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia.

Untuk rekod, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011 dan pasangan itu dikurniakan empat anak, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan yang berusia setahun.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

BACA: Tekaan Juri-Juri Nampaknya Mengena! Pelakon Liza Abdullah Figura Di Sebalik Maskot Kurita!

TMSMY3 dijurikan oleh Elly Mazlein, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Shuib Sepahtu, Emma Maembong, Didie Alias, Atu Zero dan Misha Omar. Ella Aminuddin pula kembali sebagai juri untuk tiga musim berturut-turut sementara pengacara tersohor, Datuk AC Mizal menggalas tugas sebagai hos sekali lagi.

TMSMY3 berlangsung selama 10 minggu dan sesi rakaman dijalankan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer Malaysia musim ketiga akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 23 Disember 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD

Rancangan ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Siti Sarah #Misha Omar #Shuib #TMSMY3 #The Masked Singer 3 #Masked Singer 2022