Maskot Bunga Matahari atau figura sebenar di sebalik topeng, penyanyi Stacy diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 4 (TMSMY4).

Membawakan lagu Lathi oleh Weird Genius ft. Sara Fajira, Bunga Matahari berjaya menewaskan empat maskot lain.

Manakala untuk pusingan kedua, Bunga Matahari menyampaikan lagu berjudul Cinta oleh Marsha Milan.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam membawa pulang sebuah trofi seperti mana mengikut format-format negara lain.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Mat Helang yang disarungkan oleh Namie manakala maskot Sang Kancil yang dipakai oleh Danial Zaini meraih tempat ketiga.

Sementara itu, tempat keempat pula menjadi milik Biskut Aiskrim (Adinda) dan kelima Teratai (Nabila Razali).

Setiap pemenang membawa pulang trofi The Masked Singer Malaysia.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Elly Mazlein, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.