Hun Haqeem mengakui berasa sedikit sebak setelah tersingkir di semi final program The Masked Singer Malaysia musim keempat.

Menurut pelakon W: Two World's itu, sokongan daripada peminat serta suasana pertandingan tersebut menjadi perkara yang sedih untuk ditinggalkan.

“Hun sedikit sebanyak sedih lah juga. Masuk The Masked Singer ni untuk berseronok, untuk hiburkan orang.Tapi bila kita dah sampai separuh akhir ni dah jadi jatuh cinta.

"Setiap minggu kita jumpa orang yang sama, lepas tu kadang-kadang kita nampak penonton-penonton yang setiap minggu datang. Jadi bagi Hun benda-benda tu yang paling manis dan sedih ditinggalkan,” katanya.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Roti John Tersingkir Di Semi Final, Selebriti Di Sebalik Topeng Rupa-Rupanya ...

Dalam pada itu, Hun juga sempat berkongsi pengalaman memakai maskot Roti John sepanjang sembilan minggu bertanding dalam pertandingan The Masked Singer Malaysia musim keempat.

“Sebenarnya kostum Roti John ni sangat-sangat selesa. Sebab itu Roti John agak rancak dekat atas pentas.

"Untuk saya wardrobe memang terbaik, lepas tu setiap minggu mereka akan tambah aksesori-aksesori sahaja, jadi secara keseluruhannya jadi Roti John sangat-sangat selesa," kongsinya.

Sekadar info, Hun Haqeem memperagakan maskot Roti John tersingkir di semi final kerana hanya lima finalis yang layak ke pusingan akhir The Masked Singer Malaysia musim keempat.

Pusingan akhir bakal menyaksikan 5 maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari dan Biskut Aiskrim .

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.