Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#TMSMY4: Markah Penuh Konsert Minggu Pertama! Kak Cat Tersingkir, Cili Padi & Abang Jagung Kedua Tercorot

Muhammad Firdaus
18/12/2023 01:55 MYT
Membawakan lagu Laskar Cinta oleh Dewa 19, Sang Kancil berjaya meraih tempat pertama dengan markah kesuluruhan 71.61%.

Manakala, tempat kedua pula diduduki oleh peserta di sebalik maskot Roti John dengan markah keseluruhan
70.96%.

Nasib masih menyebelahi dua peserta tercorot iaitu Cili Padi dan Abang Jagung dengan markah masing-
masing 57.77% dan 55.94%.

Malangnya, maskot Kak Cat tersingkir dengan markah keseluruhan terendah iaitu 55.68% sekaligus mendedahkan identiti selebriti di dalam kostum, Soo Wincci.



Minggu hadapan bakal menyaksikan 14 lagi maskot berentap dalam TMSM4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Putera Katak, Pom Pom Kin, Bawang Putih, Cili Padi dan Abang Jagung.

BERITA TRENDING: #TMSMY4: Tekaan Angah & Nabila Huda Mengena! Kak Cat Rupa-Rupanya Soo Wincci

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
#Markah #TMSMY4 #The Masked Singer S4