The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Netizen Approve 'Siti Nurhaliza' Versi Nabila Huda, Kak Lina Pom Pom & Che Ta! - "Semua Zaman Dorang Sapu"

Amri Hassan
14/01/2024
14:53 MYT
Bertemakan Malam Datuk Seri Siti Nurhaliza, selain daripada setiap peserta The Masked Singer Malaysia musim keempat menyanyikan lagu mustika hati negara, juri-juri juga mencuri tumpuan netizen.
Mana tidaknya, masing-masing menjelmakan semula Siti Nurhaliza dalam pelbagai zaman dan versi.
Rozita Che Wan misalnya tampil dengan persalinan Puteri Perak serba kuning mirip busana Siti Nurhaliza ketika menjayakan konsert Siti Nurhaliza On Tour beberapa tahun lalu.
Manakala Elly Mazlein atau turut dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom tampil sebagai Siti Nurhaliza ketika majlis resepsi beliau di Kuala Lumpur Convention Centre sekitar tahun 2006.
Selain meniru suara beliau, KLPP kerapa menyanyikan semula lagu Cahaya Cinta yang dinyanyikan Siti Nurhaliza ketika majlis resepsi beliau.
"Walaupun Kak Lina mungkin creat look Wedding of the Year 2006, dia boleh jadi look MV Gelora Asmara juga," komen @arfdy12. Manakala Nabila Huda atau Abil tampil dengan gaya separa turban, menyamai era sebelum Siti Nurhaliza berhijab penuh. Bak kat Abil; "tema Siti Nurhaliza baru nak istiqamah."
"Abil memang tahu taste zoners! Turban era is 'chef kiss'. Tapi tengok lama-lama macam performance Siti Nurhaliza kat Anugerah Skrin pun ada," komen seorang pengguna di platform X.
Tapi tengok lama-lama macam performance Siti Nurhaliza kat Anugerah Skrin pun ada gak! #TMSM4 #TheMaskedSingerMalaysia https://t.co/YrqQ7A8tSg pic.twitter.com/YayecLeS3I— ?Arif E.? (@arfdy12) January 14, 2024 Erra Fazira pula menjelmakan busana tradisional ketika Siti Nurhaliza menjayakan Siti Nurhaliza On Tour. Sherry pula tampil sebagai watak Siti Nurhaliza dalam muzik video Debaran Cinta. TMSMY4 episod lima menyaksikan lagu-lagu popular Siti Nurhaliza dinyanyikan peserta yang bertanding antaranya Ku Milikmu, Dialah Di Hati, Cindai, Ku Mahu, Purnama Merindu dan Jerat Percintaan.
Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.Tertakluk pada terma dan syarat.WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pulihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Antara Pencapaian Huzz Yang Membanggakan

gempak
02/07/2024
06:34 MYT
Penyatuan dua penyanyi hebat iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara pencapaian membanggakan sepanjang Allahyarham Huzz bergelar wartawan hiburan.
Gaya Hidup

Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

gempak
01/07/2024
02:54 MYT
Pereka fesyen, Ezuan Ismail kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan penyanyi tersohor Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.
Hiburan

Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?

gempak
25/04/2024
10:12 MYT
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Hiburan

“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

gempak
23/04/2024
07:55 MYT
Kalau ada rezeki, ada.