Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Noki K-Clique Tak Jadikan Masalah Kesihatan Sebab Penyingkiran, Anggap Diri Tiada Rezeki

Firdaus
29/01/2024 06:55 MYT
Noki K-Clique bersifat terbuka apabila dirinya tersingkir di minggu ketujuh The Masked Singer Malaysia musim keempat.

Walaupun mempunyai masalah kesihatan ketika beraksi di pentas, Noki tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan ke atas penyingkirannya.

“Punca keluar tu dia simple je, bagi Noki semua jawapan sama sahaja, rezeki, maksudnya rezeki Noki sampai sini sahaja.

“Tapi Alhamdulillah Noki masih bersyukur, sebab Noki bukan penyanyi, Noki rapper, tapi saya boleh buat orang ingat dan saya boleh sampai ke minggu ketujuh tu satu perkara yang baik,” katanya.

BERITA TRENDING: TMSMY4: Juri Teka Betul Kecuali Angah! Identiti Di Sebalik Maskot Bawang Putih Rupa-Rupanya…

Sekadar info, Noki memperagakan maskot Bawang Putih telah mendapat tangga ketiga terbawah bersama-sama peserta Biskut Aiskrim dan Teratai.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 7 lagi maskot berentap dalam TMSMY4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim dan Musang.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#K-Clique #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #Noki #TMSMY4