Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

TMSMY4: Tekaan Sherry & Michael Ang Tepat! Putera Katak Rupanya Rashidi Ishak

Muhammad Firdaus
31/12/2023 17:42 MYT
The Masked Singer Malaysia musim ke-4 minggu ketiga menyaksikan peserta Putera Katak tersingkir.

Membawa lagu, Everything I Do oleh Bryan Adams, maskot Putera Katak tersingkir sekali gus mendedahkan identiti selebriti disebalik maskot iaitu Rashidi Ishak.

BERITA TRENDING: #TMSMY4: Akui Sedikit Keliru Dengan Konsep Masked Singer, Amira Othman & Irfan Haris Tak 'Bitter' Tersingkir…

Sebelum topeng dibuka, tekaan para juri adalah:

Erra Fazira - Faizal Hussein

Datuk Aznil Nawawi - Yusuf Bahrin

Angah - Aqasha

Sherry Alhadad - Rashidi Ishak

Zizan Razak - Sharnaaz Ahmad

Nabila Huda - Sharnaaz Ahmad

Michael Ang - Rashidi Ishak

Rozita Che Wan - Yusuf Bahrin

Selain itu, peserta Pom Pom Kin dan Ikan Emas turut tersenarai dalam tangga tiga terbawah buat minggu ketiga.

Minggu hadapan bakal menyaksikan 11 lagi maskot berentap dalam TMSM4.

Maskot-maskot tersebut adalah Sang Kancil, Roti John, Ikan Emas, Mat Helang, Teratai, Bunga Matahari, Biskut Aiskrim, Musang, Pom Pom Kin, Bawang Putih dan Abang Jagung.

Untuk TMSMY4, barisan jurinya pula ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.

Sementara itu, pengacara tersohor, Datuk AC Mizal sekali lagi menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program ini.

TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.

TMSMY4 berlangsung selama 10 minggu secara LIVE yang berlangsung di CIDB Convention Center, Kuala Lumpur.

TMSMY4 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Warna HD (Saluran 107).

Untuk pilihan lebih fleksibel, TMSMY4 boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU.

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim The Masked Singer Malaysia S4 On Demand bila-bila masa dengan Astro Ultra Box.

Dapatkan Pek Primary daripada hanya RM41.99 sebulan dengan tawaran terhad langganan auto debit untuk menikmati rancangan hiburan paling popular untuk seisi keluarga.

Tertakluk pada terma dan syarat.

WhatsApp "GET ASTRO" ke 03-9543 3838.

#Rashidi Ishak #The Masked Singer #The Masked Singer Malaysia #TMSMY4