Nasir Bilal Khan memulakan kerjaya lakonannya sejak tahun 1993 lagi justeru nama pelakon itu tidak asing dalam kalangan peminat.

Sepanjang 28 tahun pembabitan Nasir dalam industri hiburan, pelakon berumur 61 tahun itu telah banyak menghasilkan karya yang berkualiti yang membuatkan dia relevan sehingga sekarang.

Lebih 50 watak yang pernah dilakonkan Nasir menerusi drama, telefilem dan filem.

Di sini, Gempak senarakan tiga lakonan Nasir yang pernah mencetus fenemona tersendiri:

1. Tanah Kubur



Tanah Kubur merupakan sebuah telefilem Malaysia arahan Rashid Sibir yang disiarkan di Astro Ria pada 2004 manakala siri televisyen pula disiarkan di Astro Oasis dari 2011 hingga 2016.

Selain Nasir yang memegang watak Tok Adi, drama Tanah Kubur ini turut dilakonkan oleh Fauziah Nawi, Syafiq Kyle, Talha Harith dan Hamidah Wahab.

2. Munafik 2



Munafik 2 ialah sebuah filem seram Malaysia 2018 yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof.

Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016.

Selain Nasir, Munafik 2 ini dibintangi oleh Syamsul sendiri sebagai Ustaz Adam, Fizz Fairuz, Maya Karin, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca.

Munafik 2 telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM 43 juta hanya dalam tempoh sebulan ditayangkan dan menjadikannya salah satu filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia bagi tahun 2018 iaitu sebanyak RM 48 juta.

3. Penunggang Agama



Penunggang Agama ialah sebuah filem seram ngeri Malaysia 2021 arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Skop Productions dan Astro Shaw.

Berdasarkan daripada kisah benar dan pengalaman Syafiq sendiri, filem ini dibintangi oleh Nasir, Zul Ariffin, Sabrina Ali dan Azira Shafinaz.

Penunggang Agama mengisahkan pasangan suami isteri yang menghadapi cabaran dalam menyelamatkan keluarga mereka daripada ancaman gangguan makhluk halus.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk saksikan Penunggang Agama di pawagam rumah anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.