Berita
“Tok Dah Tua, Reda Jelah Masuk Hospital Kerajaan...” - Rozita Che Wan
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta menyarankan agar semua orang mempunyai insuran kesihatan demi masa hadapan.
Menurut Che Ta, jika individu itu mempunyai insuran kesihatan, sekurang-kurangnya akan memberi keselesaan apabila mendapat rawatan di hospital swata.
Aktres tersebut bersimpati dengan neneknya yang tiada insuran kesihatan serta hanya mendapat rawatan di hospital kerajaan.
“Kalau tak ada medical insurans memang perit la duduk kat government hospital. Saya sarankan semua orang wajib kena ada medical insurans demi keselesaan.
“Murah pun tak apa, janji kalau sakit masuk hospital swasta, bukan setakat selesa tapi layanan terbaik.
"Tok dah tua, dah 90, reda sahajalah masuk government hospital,” tulisnya.
Che Ta berkongsi perkara tersebut di Instagram Story akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia turut memuat naik foto seorang wanita tua yang dipercayai neneknya di hospital kerajaan. M
Che Ta merupakan ibu kepada tiga orang anak termasuk dua orang anak dari perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.
Anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak hasil dari perkahwinan terkininya dengan pelakon Zain Saidin.