Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS memuji keberanian cef selebriti Datuk Fazley Yaakob yang berjuang habis-habisan hingga minggu keempat Gegar Vaganza 8 (GV8).
BACA: GV8: Tamat Sudah Perjuangan Fazley, Abang Asmara Tersingkir Minggu Ke-4!
Biarpun tersingkir awal, kata Ramli, Fazley sudah menunjukkan keberaniannya dan mencabar diri dalam bidang nyanyian.
"Tekad keberanian dia masuk dalam GV saya respek dan kagumi. Dia berani walaupun dia mungkin berisiko terkeluar awal.
"Saya tak rasa dia nak popular sebab dia dah ada platform lain. Tapi dia nak menyanyi, tak apa. Saya kagum," komen Ramli.
Dalam pada itu, ulas Ramli, juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 itu hilang banyak markah pada vokalnya menerusi persembahan lagu Mahligai Syahdu (Datuk Hattan).
Dibandingkan secara keseluruhan, Fazley hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 50%, kurang 0.5% dari penyanyi negara seberang, Upiak Isil.
"Kalau tengok kreativiti, ia duduk dalam persembahan iaitu cuma 20 peratus. Vokal 80 peratus dan hilang banyak markah pada vokal.
"Kadang-kala dia tak menolong walau dapat markah tinggi dari segi persembahan pentas, memang dia dapat agak tinggi.
"Tapi secara matematiknya, markah vokal lagi tinggi jika dibandingkan dengan persembahan pentas," ujarnya lagi.
Konsert keempat GV8 menyaksikan Adibah Noor yang menyanyikan lagu Jika (Melly Goeslaw & Ari Lasso) dalam rendisi keroncong mengungguli kedudukan dengan kutipan markah sebanyak 78.1%.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
Amri Hassan
Mon Dec 13 2021
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.
Sarah Yasmine Dedah Cerita Sebenar Hubungan Dengan Meerqeen!
Ada sebab nama Sarah Yasmine dikaitkan dengan Meerqeen.