Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tolak Sokong Produk Terlibat Israel, Aizat Amdan Tak Berhasrat Tonton Konsert Bruno Mars

Maliah Surip
02/07/2024 11:15 MYT
Sangat prihatin dan mengekori rapat polemik dunia iaitu peperangan antara Palestin dan Israel terutama kezaliman rejim Zionis melakukan pembunuhanan secara berleluasa, Aizat Amdan mengaku tidak punya keperluan menyokong produk atau mana-mana individu yang terlibat dengan Israel.


Lebih berhati-hati

Aizat atau nama penuhnya Muhammad Aizat Amdan turut mengatakan dirinya kini lebih berhati-hati dan bermuhasabah selepas melihat kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam terutama penduduk Palestin.

‘Secara peribadi bagi saya kalau kita dah tahu produk atau individu itu memberi dana kepada Israel, kita takkan sokong kan? As simple as that.

‘Jadi kalau ada mana-mana individu yang terlibat dengan mereka di sana, kita tak perlu sokong.

“Saya tidak akan menyokong mana-mana individu yang terlibat dengan peperangan orang islam. Ini adalah untuk muhasabah diri saya juga.


"Saya juga sentiasa berhati-hati dengan apa yang saya pakai, beli..saya akan mengenalpasti produk-produk tersebut dari negara mana.

‘Ini adalah kehidupan kita sekarang, kita tak boleh lari daripada realiti,” ujar Aizat yang ditemui media usai sidang akhbar Atas Angin Festival di MyTown


Tak berhasrat hadir ke konsert Bruno Mars

Penyanyi berusia 35 tahun itu kemudian sangat berlapik namun tegas saat ditanya mengenai konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars yang bakal diadakan di Malaysia September ini.

Mars didakwa sebagai salah seorang selebriti dunia yang menyokong Israel dan pada saat ramai yang membantah kehadirannya ke ibu negara, tiket konsert penyanyi tersebut dilaporkan sudah terjual lebih 70 peratus.

Meski mengakui minat dengan lagu-lagu Mars, Aizat berkata dia tidak berhasrat untuk menghadirkan diri.

“Itu di luar bidang kuasa saya, tetapi bagi saya kita tidak boleh menghakimi, masing-masing ada cara dan perjuangan yang tersendiri.

“Bagi saya dia memang seorang penyanyi yang hebat, saya suka lagu dia. Tapi saya tidak akan ‘menutup mata’ semata-mata untuk pergi ke konsert dia.


“Saya boleh sahaja dengar lagu dia diluar, saya tidak kisah. Ada batasnya sebagai manusia, takkan lah kita nak ikut sahaja kalau kita tahu dia adalah individu yang menyokong Isreal.

“Kita kena tahu apa yang terbaik untuk kita,” katanya tegas.

#Konsert #Aizat Amdan #Israel #Bruno Mars #Palestin #Atas Angin
;