Laman Utama

Tolak Tawaran Jadi Sugar Baby, Shaza Bae Tak Judge Wanita Yang Terlibat! - "Setiap Orang Ada Cerita..."

gempak
Asraf Aided
09/03/2021
00:20 MYT
Sponsor Banner
Tolak Tawaran Jadi Sugar Baby, Shaza Bae Tak Judge Wanita Yang Terlibat! - "Setiap Orang Ada Cerita..."
Baru-baru ini kecoh apabila pelakon dan pengacara, Shaza Bae menerima tawaran daripada seorang lelaki yang mahu menjadikannya sugar baby.
Bagaimanapun, pemenang Dewi Remaja 2019 ini mempunyai penderian tersendiri dan semestinya menolak tawaran yang turut mempelawa wang sebanyak RM20,000 itu.
"Saya rasa saya bukan orang pertama yang dapat mesej peribadi (DM) sebegitu, saya dapat hanya satu mesej sahaja.
"Saya terus blok, benda macam ni saya tak layan, saya tak terganggu pun dengan orang macam ini, sebenarnya ia bergantung kepada cara kita respon," katanya kepada Gempak.
Bercakap mengenai segelintir wanita yang memilih jalan hidup ditaja oleh sugar daddy, Shaza menganggap itu adalah pilihan hidup masing-masing.
"Bagi saya, semua orang ada pilihan hidup masing, Alhamdulillah, saya bukan jenis yang nilai orang.
"Setiap orang ada cerita yang kita tak tahu, kenapa dia memilih jalan ini, jalan itu, kita memang tak tahu, setiap orang ada pilihan dan itu adalah pilihan mereka.
"Apa yang kita boleh lakukan, doakan yang terbaik sahaja buat mereka, mungkin ada yang kita kenal dan mungkin kita tak kenal, apapun, saya doakan mereka agar dapat pekerjaan yang baik," tuturnya menutup bicara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024