Gaya Hidup

Tolak Tepi Soal Kaum, Pelajar Ini Dipuji 'Ringan Tulang' Berniaga Di Kantin Sekolah

gempak
Hanafis Haris
18/07/2019
10:22 MYT
Sponsor Banner
Tolak Tepi Soal Kaum, Pelajar Ini Dipuji 'Ringan Tulang' Berniaga Di Kantin Sekolah
Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Cheras, Kuala Lumpur membuktikan perbezaan kaum dan bangsa melakukan kebaikan.
Pelajar dikenali sebagai Hau ini menjadi perbualan netizen apabila niat murninya membantu peniaga kantin tular di media sosial.
Semuanya gara-gara satu posting di Facebook oleh Redzuan Azizan beberapa hari lalu.
Sehingga kini posting di laman Facebook peribadinya telah dikongsi lebih 300 kali.
Menurut Redzuan, Hau tidak sama dengan pelajar lain kerana mengambil inisiatif menggunakan masa rehat untuk melakukan aktiviti lebih bermanfaat.
Menurutnya, waktu rehat Hau digunakan untuk bekerja dengan seorang peniaga di kantin sekolahnya.
"Lebih mengagumkan Hau tidak menerima upah dan berniat ikhlas untuk tolong.
"Bapa Hau juga seorang peniaga dan sebab itulah pelajar ini mahu belajar dan praktis ilmu berniaga," katanya pada posting berkenaan.
Menurutnya lagi, tidak ramai pelajar yang ada sikap positif seperti Hau.
"Pengurusan masa, kemahiran interpersonal dan kemahiran berniaga semuanya ada pada Hau. Tersenyumku dengan situasi ini," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live