Viral
"Tolong Bantu Sugu Pavithra 'Handle' Populariti" - Fazley Yaakob Simpati Nasib YouTuber Masakan Terkenal
Cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob bersimpati atas nasib yang menimpa pasangan YouTuber masakan terkenal, Sugu Pavithra.
Kata Fazley, tidak patut untuk menyalahkan mereka memandangkan populariti mendadak yang diperoleh menyebabkan mereka gagal untuk mengawalnya dengan baik.
"Saya kasihankan media kerana dipersalahkan tetapi pada masa sama saya kasihankan juga pada Sugu dan Pavitra kerana mereka tidak faham dunia glamor.
"Pada saya apa yang perlu dilakukan, lebih baik sekiranya jika ada kenalan yang boleh ke rumah mereka untuk mengajar macam mana untuk berdepan dengan populariti, berhadapan tekanan keluarga dan menjawab soalan media.
"Populariti yang datang mendadak itu tanpa ada ilmu menyebabkan mereka mudah dipersalahkan semula. pada saya populariti boleh membunuh dan beri keselesaan.
"Itu pilihan yang mereka perlu buat tapi perlu bersama didikan dan tunjuk ajar," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Fazley merayu rakan selebriti atau YouTuber untuk turut sama membantu pasangan itu agar tidak membuat pilihan yang salah.
"Tolong bantu dan ajar mereka untuk berdepan populariti supaya tidak dibunuh populariti mereka sendiri," tambahnya.
Sebelum ini saluran YouTube Sugu Pavithra menjadi fenomena apabila menampilkan cara masakan yang bersahaja hingga mengumpul lebih 785,000 pengikut.
Populariti pasangan itu melayakkan Pavithra menerima pengiktirafan sebagai ikon Anak Bandaraya Ipoh daripada Majlis Bandarayaq Ipoh (MBI).
Namun, pasangan itu terpalit dengan kontroversi keganasan rumah tangga hingga menyebabkan mereka memadamkan kesemua video di saluran YouTube.
Must-Watch Video