Hiburan
"Tolong Dapatkan Suntikan Vaksin .." - Lakukan Ujian Swab, Nabil Mahir Bebas Influenza A
Pengacara Nabil Mahir mendedahkan dirinya disyaki dijangkiti virus Influenza A yang kini makin berleluasa.
Menurut Nabil dia terpaksa melakukan ujian swab untuk menentukan sama ada positif atau negatif.
"Hai semua, saya disyaki Influenza A dan sekarang saya berada di hospital untuk mengesahkannya dengan melakukan ujian swab. Diharapkan negatif dan tidak serius. Insya-Allah.
"Virus ini kembali dan sudah ada beberapa kes kematian. Jika anda masih dalam keadaan baik, tolong dapatkan suntikan vaksin.
"Sekiranya anda mempunyai selesema, sakit tekak, batuk dan demam, jangan ambil ringan kerana mungkin membawa maut kepada anda dan anda boleh menjadi punca kepada keluarga dan rakan anda.
"Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati," tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.
Selang beberapa jam, Nabil menyatakan dia bebas daripada virus tersebut dan perlu mendapatkan suntikan vaksin.
"Selepas mendapat pendapat kedua dan melakukan ujian swab, saya tidak mempunyai Influenza. Alhamdulillah.
"Sekarang, saya akan berjumpa dengan doktor ketiga hari ini untuk mendapatkan vaksinasi," tulis Nabil di Instagram Stories.