“Tolong Doa Adik Syeriv Perempuan Lepas Tu Mata Hijau” – Syatilla Teringin Baby Girl

Mya Amri
September 25, 2018 18:23 MYT
Bakal menerima kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Syatilla Melvin mengimpikan untuk menimang cahaya mata perempuan.
Isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu menyatakan hasratnya dalam bentuk gurauan menerusi satu posting di akaun Instagram (IG)nya semalam.
“Tolong doa adik Syeriv perempuan lepas itu muka sama Syeriv lepas itu rambut lebat lepas itu bulu mata panjang lepas itu kulit sama Syeriv lepas itu mata hijau, amin bye @syerivsamheizy,” tulisnya.
Entri Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 26, itu mendapat reaksi positif daripada pengikut IGnya.
Rata-rata terhibur dengan kapsyen mencuit hati tersebut dan mendoakan hasrat Syatilla untuk mendapat anak perempuan menjadi kenyataan.
Tidak kurang juga ada yang mengusik ibu kepada Syeriv Samheizy itu kerana mengimpikan anak perempuannya memiliki mata berwarna hijau.
“Tu dia mak hang melampau mata hijau hahah,” tulis @liyana_smallstall
“Adoi lawak la @samtilla Amin mudah-mudahan adik MatYip comei-secomeinya,” coret @ina8324
Shaheizy dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki pada 9 Mei 2017.
Foto: Instagram @samtilla
#Hamil #Syatilla Melvin #Hamil #Syeriv Samheizy