Berita

“Tolong Doakan...”- Terjatuh Ke Lantai, Bayi 1 Bulan Yatt Hamzah Dikejarkan Ke Hospital

gempak
Syafiqah Jalal
21/02/2020
02:54 MYT
Sponsor Banner
“Tolong Doakan...”- Terjatuh Ke Lantai, Bayi 1 Bulan Yatt Hamzah Dikejarkan Ke Hospital
Pelakon Yatt Hamzah berdepan detik cemas apabila bayinya Suci Hawa Zulaikha yang baru berusia satu bulan terjatuh ke lantai di rumahnya, malam tadi.
Menurut Yatt, bayi keempatnya itu terjatuh selepas salah seorang anaknya terlepas dari tangan ketika mendukung bayi tersebut.
Yatt yang bimbang dengan keadaaan anaknya itu terus membawa bayi tersebut ke hospital bahagian kecemasan bagi pemeriksaan lanjut.
“Mohon doa semua. Baby Hawa yang baru berusia 50 hari, baru sahaja jatuh ke lantai setelah kakaknya terlepas dari dukungan semasa berjalan ke arah Bonda ( Yatt).
“Bonda sangat risau dengan keadaan dia, kasihannya baby Hawa,” tulisnya.
Yatt berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terkini Yatt dia sedang berada di unit kecemasan sebuah hospital swasta dan berharap agar semua berada dalam keadaan baik.
Bagaimanapun Yatt memaklumkan kepada Harian Metro keadaan anaknya setakat ini stabil dan masih memerlukan pemantaun selama 24 jam.
Menceritakan kembali kejadian itu, Yatt memberitahu ketika itu dia sedang sibuk menguruskan anak ketiga di bilik air.
“Saya dalam bilik sedang uruskan dan mandikan anak ketiga. Manakala bayi dengan kakak-kakak yang lain berada di ruang tamu.
“Apabila Hawa menangis, anak sulung saya mendukungnya seperti biasa. Malangnya dia terlepas dan jatuh,” katanya.
Terdahulu, Yatt selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 30 Disember tahun lalu.
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfa Medina, 2 dan Suci Hawa Zulaikha berusia sebulan.
Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live