Hiburan
Tolong Isteri, Jep Sepahtu Masak Cucur ‘Welcome-Welcome’ Buat Netizen Terhibur
Pelawak Jep Sepahtu mencuri tumpuan ramai apabila memasak cucur welcome-welcome (jemput-jemput) pada waktu malam.
Menerusi laman sosial Intagram, Jep berkongsi video tersebut untuk tatapan wargamaya.
“Ok guys, nak tidur dah. Esok nak basuh baju pulak. Best cuti duduk rumah. #dudukrumah #stayathome,” tulis Jep sebagai kapsyen.
Jep yang beraksi penuh gaya turut memaklumkan dia sedang membantu isterinya pelakon Sari Yanti yang kini sarat mengandung.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi jenaka Jep ketika Perintah Kawalan Pergerakan.
“Terbaik chef! Tak nampak kekok di dapur,” kata seorang wargamaya.
“Tak memasal dah viral welcome welcome ni. Hahaha! Tapi okay la jimat sikit daripada buat kopi tu,” komen seorang wargamaya.
“Sedap pulak dapat welcome welcome tengah malam macam ni,” ujar seorang wargamaya.
“Tak dapat gelak tengok Sepahtu Reunion tapi dapat gelak dengan lawak Jep ni pun dah bahagia. Berdekah weh!” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian video welcome welcome Jep telah mendapat hampir setengah juta tontonan di laman sosial.