Tolong Jangan Hantar Hadiah, Surat Kepada Jin BTS
Maliah Surip
06/01/2023 13:55 MYT
06/01/2023 13:55 MYT
Salah seorang anggota kumpulan BTS, Jin diketahui sedang menjalani latihan ketenteraan sejak pertengahan Disember lalu.
Pemilik nama sebenar Kim Seok-jin ini dijadualkan menjalani latihan ketenteraan di kem latihan di Yeoncheon, Gyeonggi-do, Korea Selatan selama 18 bulan.
Oleh kerana para penggemar dari seluruh dunia mengetahui ‘lokasi’ dirinya berada, Jin berhadapan dengan ‘masalah baharu’.
Bintang berusia 30 tahun ini dipercayai telah menerima lambakan hadiah dan surat sejak mendaftar masuk ke kem tersebut.
Lantaran itu, agensi BTS, Big Hit Music, memohon jasa baik kepada semua peminat Jin agar tidak mengirimkan surat dan hadiah kepada idola mereka.
“Terima kasih untuk semua sokongan sama ada dari segi surat atau hadiah yang dihantarkan.
“Namun oleh kerana ia dihantar dalam kuantiti yang sangat banyak, kem tempat Jin menjalani latihan tidak mempunyai fasiliti yang cukup termasuk untuk menyimpan.
“Oleh kerana ia sukar, kami juga bimbang jika ada yang hilang,” tulis kenyataan tersebut seperti dipetik dari Soompi.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, agensi mengatakan kem ketenteraan tidak mempunyai fasaliti yang cukup untuk menampung atau mengelola surat serta hadiah dalam jumlah yang banyak.
Agensi juga menekankan agar permintaan ini boleh diikuti oleh para peminat Jin.
Namun, para peminat masih boleh melahirkan kerinduan atau meninggalkan pesanan buat Jin di Weverse.
“Kami akan memastikan Jin kerap membuka dan membaca semua pesanan yang ditinggalkan di Weverse. Gunakan tanda pagar #Dear_Jin_from_ARMY,” pesan mereka lagi.
Peminat kemudian diminta untuk tidak berkumpul pada hari terakhir Jin menamatkan latihan ketenteraan demi menjaga keselamatan awam.
Terdahulu, Jin membuatkan peminatnya heboh apabila tampil berambut pendek dan kelihatan segak berpakaian seragam tentera.