Hiburan
Tolong Jangan Hantar Makanan Lagi Atau Saya Dipenalti - T.O.P Big Bang
Anggota Big Bang, T.O.P. yang sedang menjalani latihan ketenteraan mengingatkan kepada peminatnya supaya tidak lagi menghantar makanan kepadanya.
Kumpulan Big Bang telah menyuarakan pesanan tersebut kepada peminat apabila isu itu disuarakan oleh salah seorang ahli keluarga T.O.P. menerusi akaun Instagram.
"Adik saya kini baru sahaja selesai menjalani latihan di Nonsan dan sekarang berada di Byukjae untuk sesi latihan keduanya.
"Namun dia memberitahu kepada saya supaya peminat tidak mengirimkan sebarang makanan ketika berada di pusat latihan di Byukjae," katanya seperti dilaporkan All Kpop.
Tegasnya lagi, sekiranya peminat masih terus mengirimkan makanan kepada T.O.P., dia mungkin akan dikenakan hukuman penalti sebagai denda.
"Saya berharap agar peminat tidak lagi menghantar makanan kepadanya buat masa sekarang dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda semua mengambil berat tentangnya," ujarnya.