Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Tolong Jangan Jatuhkan Maruah Wanita Bertudung” - Selepas Baby Shima, Ratu Farah Pula Dikecam Netizen Akibat Menari Dengan Aliff Syukri

Izwan Isa 12/08/2022 | 00:50 MYT

Sejak semalam, nama Datuk Seri Aliff Syukri panas diperkatakan umum. Masakan tidak, rakaman tarian ‘ghairah’ bersama penyanyi Baby Shima yang dimuat naik di Instagram miliknya lebat dihujani respons negatif oleh pengguna media sosial.

Tidak hanya dikritik netizen, kelakuan berani Aliff itu juga turut mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed Mohd Bakri Syed Ishak.
Menurut PU Syed, perbuatan Aliff boleh diibaratkan seperti sedang menderhaka secara terbuka kepada Allah SWT kerana berani melanggar larangan Nya.
Selain itu, PU Syed juga menasihati Aliff supaya tidak menerbitkan lagu berkenaan kerana ia bukanlah satu hal yang sihat.
Belum sempat isu berkenaan reda, timbul pula video baharu yang menampilkan Aliff dengan selebriti media sosial popular, Ratu Farah.
Seperti Baby Shima, Ratu dilihat menari di sebelah Aliff sambil diiringi oleh lagu yang difahamkan sebagai lagu baharu yang bakal diluncurkan oleh usahawan itu.
“Astaghfirullahalazim apa ni Datuk?”
“Sorry. Tapi tolong jangan jatuhkan maruah wanita bertudung. Pakai jubah tapi menari macam tu. Maaf cakap, sangat tak sesuai.”
“Aku jarang nak comment tapi ni meminta betul. Hari tu, Baby Shima, now, dia pulak. Memang kena menggeletis macam ni ke.”
Terdahulu, Baby Shima memberitahu media yang dia tidak kisah dengan komen netizen. Katanya, tariannya disifatkan lucah kerana mungkin netizen terlalu banyak berimaginasi.

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

#Datuk Seri Aliff Syukri #Ratu Farah
;