Berita

"Tolong Jangan Memperdayakan Orang Ramai" - Penganjur Konsert Salah Guna Gambar, Siti Nurhaliza Nafi Terlibat

gempak
ZULHILMI JALIL
05/03/2020
05:17 MYT
Sponsor Banner
"Tolong Jangan Memperdayakan Orang Ramai" - Penganjur Konsert Salah Guna Gambar, Siti Nurhaliza Nafi Terlibat
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menafikan penglibatannya dalam sebuah konsert yang dianjurkan di sebuah universiti tempatan di Sabah bulan depan.
Justeru, menurut Siti, dia meminta pihak yang berkenaan untuk tidak menggunakan nama dan wajahnya dalam poster konsert tersebut bagi tujuan promosi.
"Palsu! Perhatian! Saya tidak terlibat dengan acara ini dan saya juga tidak berada di tempat yang dinyatakan pada tarikh tersebut.
"Kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai hal ini, saya minta agar nama dan gambar saya tidak digunakan kerana saya tidak terlibat.
"Saya sangat berharap agar perkara palsu seperti ini tidak dibuat main-main oleh pihak terbabit," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dalam poster tersebut, turut menampilkan barisan artis lain seperi Amy Search, Dayang Nurfaizah, Cakra Khan, Hael Husaini dan Aweera.
"Artis-artis lain yang ada gambar dan nama mereka, saya tidak pasti terlibat atau tidak tetapi saya memang tidak pernah membuat atau menerima undangan ini. Tolong jangan memperdayakan orang ramai," tegasnya.
Perkongsian Siti itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya termasuklah rakan artis.
"Jahatnyalah penganjur macam ni. Nanti masa acara, penganjur kata maaf Siti tak dapat hadir. Sedangkan Siti tak ada kaitan pun dengan konsert ini, kesian peminat.
"Saman je Tok Ti," komen sebahagian pengikutnya.
Dalam pada itu, Hael Husaini dalam satu entrinya turut menafikan penglibatannya dalam acara berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live