Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tolong Jangan Putar Belit” - Faezah Elai Warning Anti Vaksin Sebar Fitnah Konon Matanya Bengkak Disebabkan…

Hanafis Haris
26/08/2021 02:20 MYT

Pelakon Faezah Elai menjelaskan masalah alahan di bahagian mata yang dialaminya baru-baru ini bukan disebabkan kesan sampingan pengambilan vaksin Covid-19.

Biarpun sudah memberitahu mengenai keadaannya sebelum ini, namun Faezah terpaksa membuat penafian susulan ada pihak cuba memutar belit kenyataannya.

Malah, gambar menunjukkan matanya yang bengkak itu dikatakan telah tersebar sebagai punca atau kesan daripada pengambilan vaksin.

“Ok saya terpaksa terangkan isu ini. Posting saya sebelum ini mengenai mata bengkak itu disebabkan penggunaan ubat paracetemol.

“Bukan vaksin! Saya dah lengkap dua dos lebih sebulan lalu dengan tiada sebarang efek.

“Siap makan durian lepas cucuk. Alhamdulillah ok,” katanya.

Jelasnya, mata bengkak itu pula baru berlaku dua minggu lalu selepas dia makan paracetamol.

“Ampa (kamu) yang anti vaksin ni, malas saya cakap pasal ni sebab itu hak anda untuk memilih.

“Tapi jangan putar belit perkataan saya. Saya tak pernah kata mata bengkak sebab vaksin, memang tiada kena mengena dengan vaksin.

“Bangkak mata ni pun dah surut, cerita ni pula tak surut-surut,” katanya.

Terdahulu, Faåezah menegaskan bentuk wajahnya berubah disebabkan reaksi alergik kepada ubat analgesik itu.

Malah, beberapa ahli keluarganya turut berdepan reaksi alergik sama terhadap ubat-ubatan termasuk bapanya sendiri.

BACA :Mata Bengkak, Hidung & Pipi Tertarik... Faezah Elai Alergik Paracetamol - "Tolong Bezakan Bengkak & Buat Muka"

A post shared by faezahelai (@faezahelai)

#Faezah Elai #Vaksin #Paracetamol #MataBengkak
;