BERITA
"Tolong Jangan Tertipu Dengan Scammer Kerana Tiket Konsert Sudahpun Kehabisan" - Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penjualan tiket konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac nanti.
Menerusi entri di Instagram (IG), Siti menjelaskan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual tiket walaupun telah diumumkan sebelum ini tiket konsert berkenaan telah habis dijual.
"Saya mendapat aduan daripada peminat bahawa ada scammer yang menjual tiket konsert.
"Tolong jangan tertipu, kerana tiket konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour telah habis dijual di www.myticket.asia.
"Jangan terpedaya dengan scammer yang menjual tiket konsert saya. Hati-hati ya," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata berharap agar Siti akan mengambil tindakan terhadap individu terbabit.