"Tolong Minumkan Ubat Pantang, Laksa & Zikir" - Ini Antara 5 Perkara Yang Bakal Dirindukan Diyana Halik Selepas Pemergian Ibu Mentua

Amri Hassan
November 9, 2020 07:35 MYT
Isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik berkongsi kenangan manis bersama Allahyarham ibu mentuanya, Juriana Jaafar yang meninggal dunia pada Sabtu.
BACA: Ibu Aaron Aziz Meninggal Dunia, "Ambil Lah Segala Kerja Amal Ku Untuk Menemani Di Alam Barzakh"
Kata Diyana, antara perkara yang akan dirindukan selepas pemergian ibu mentuanya adalah bacaan doa, zikir dan ayat al-Quran hariannya.
"Saya sayangkanmu Mummy. Bumi hujan sebaik sahaja Mummy dikebumikan. Mungkinkah ia dari zikir dan bacaan al-Quran harianmu. Saya akan sentiasa mengingatimu dan bunyi kaunter klik zikirmu.
"Mummy sentiasa menjadi orang pertama yang akan memberitahu saya sudah bertambah berat badan atau muka kelihatan pucat.
"Rabu lepas pun ketika saya menziarahi Mummy, walaupun dalam kesakitan Mummy masih boleh bergurau "kenapa nampak teruk sangat?". Kami tertawa," kata Diyana.
Tambahnya, arwah ibu mentuanya juga menjadi insan penemannya ketika berpantang.
"Terima kasi kerana meminum ubat periuk ketika saya berpantang. Mummy selamatkan saya dari Mak Bidan. 'Tak apa nanti Mummy habiskan untuk lu'.
"Terima kasih kerana menyebelahi saya ketika saya dan Aaron bergaduh. 'Sabarlah Na', 'Biar dia tak betul Ngek Ngok'.
"Saya sentiasa akan merindui laksa Mummy, the best laksa in the world," tulis Diyana lagi.
Diyana turut menyimpan mesej pesanan suara arwah ibu mentuanya sebagai bekal kenangan yang turut dikongsikan dalam posting terbaharu di Instagramnya.
Allahyarham Juriana, 70, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Singapura akibat serangan jantung.
#Aaron Aziz #Diyana Halik #Ibu Mentua