Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Tolong Tutup Kisah Cinta" - Fara Hezel Serik 3 Kali Kena Gosip Bercinta

Amri Hassan 07/05/2019 | 07:37 MYT
Bintang Big Stage 2018, Fara Hezel rimas apabila sering ditanya tentang gosip bercinta.
Selepas tiga kali terpalit gosip bercinta dan bakal bertunang, kata pelantun lagu Setiaku Pasti itu enggan peminatnya muak.
"Kalau boleh saya sudah tak nak digosipkan bercinta, asyik-asyik kalau nama saya mesti pasal kisah cinta.
"Tolong tutuplah cerita-cerita begitu...
"Bukannya teruk pun kalau digosipkan bercinta tetapi memandangkan peminat saya rata-ratanya remaja, saya bimbang mereka muak dengan kisah-kisah cinta saya.
"Sepatutnya mereka tahu perkembangan saya, sudahnya cerita gosip juga mereka tahu," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan riuh raya Suria FM di Putrajaya baru-baru ini.
Fara sebelum ini pernah dikaitkan menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Erry Putra pada pertengahan tahun lalu namun putus di tengah jalan kerana tiada restu keluarga.
Kakak kepada Aiman Tino itu terus terpalit dengan gosip cinta dengan pelakon muda Azerin Zainal pada Oktober tahun lalu.
Fara kemudiannya didakwa bakal bertunang dengan seorang peminat lelaki yang pernah terbabit dalam sebuah rancangan namun perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya.
#Penyanyi #Gosip #Penyanyi #Fara Hezel
;