Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tolonglah Guna Saluran Yang Betul” - Pengarah Keluarga Iskandar The Movie Mohon Orang Ramai Banteras Jenayah Cetak Rompak E-Dagang

Hanafis Haris
05/08/2020 09:51 MYT
Penerbit Eksekutif dan Pengarah filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) Wan Hasliza Wan Zainuddin meminta orang ramai supaya menggunakan saluran yang betul sekiranya mahu menonton filem.

Menurut Wan Hasliza, membeli karya yang dijual secara ‘cetak rompak’ bukanlah satu tindakan yang patut diamalkan, biarpun ia dijual di platform e-dagang.

“Salah tetap salah. Jual karya orang tanpa kebenaran.

“Untuk pengetahuan ramai, KITM sudah pun dilancarkan di Astro First 16 Julai lalu.

“Jika mahu menontonnya, orang ramai boleh tonton menerusi Astro First di saluran 480.

“Malah, penonton boleh tonton berulang-ulang kali selama 48 jam. Gunakan saluran yang betul,” katanya.

Jelasnya, dia juga meminta orang ramai supaya menghormati karya dan hasil titik peluh penggiat seni.

“Saya sudah pun buat laporan polis jadi saya serahkan semua kepada pihak berkuasa,” katanya.



BACA: “Bayangkan Hasil Usaha Anda Dijual Tanpa Kebenaran” - Pengarah Keluarga Iskandar The Movie Terkilan Filemnya Dicetak Rompak!

Terdahulu, beberapa filem termasuk KITM dan Ada Apa Dengan Dosa dikesan dijual tanpa kebenaran penerbit di sebuah platform e-dagang.

Walaubagaimanapun, iklan jualan tersebut telah pun diturunkan dari platform e-dagang tersebut selepas laporan dibuat.

BACA: FINAS Kecewa Platform E-Dagang Jual Filem Cetak Rompak, 'Keluarga Iskandar' Antara Mangsanya

Dalam pada itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyatakan mereka tidak akan teragak-agak untuk menyekat laman yang menjual produk-produk cetak rompak.


Dalam satu kenyataan semalam, pihak SKMM memaklumkan tindakan itu akan dilaksanakan selepas mendapat makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

BACA: MCMC Akan Sekat Platform E-Dagang Jual Produk Cetak Rompak

#Viral #Viral #KITM #“Keluarga #Iskandar”
;