“Tolonglah Jangan ‘Dakwah’ Orang Muda Kahwin Awal” – Wargamaya Setuju Perkongsian Fedtri Yahya

Fiza Kamarudin
Januari 16, 2021 07:30 MYT
Pengacara dan penulis lirik Ahmad Fedtri Yahya meluahkan pandangan mengenai ‘trend’ kahwin awal di laman sosial Twitter milinya.
Fedtri menerusi ciapannya berkata, tidak wajar menggalakkan orang muda berkahwin awal jika belum bersedia dan akan menyusahkan orang lain di kemudian hari.
“Tolonglah jangan ‘dakwah’ orang muda kahwin awal. Tak semua matang dan ‘berkemampuan’. Bila dah sedia, pasti mereka sendiri menuju ke arah itu.
“Tak perlu berlumba siapa paling awal. Kalau tak sedia... akibatnya menyusahkan orang lain di kemudian hari,” kata Fedtri.
Menerusi bebenang sama, Fedtri turut berkongsi beberapa sebab perkahwinan awal gagal disebabkan kurang persediaan dari semua sudut.

Kes 1. Baru dua minggu dah nak bercerai sebab ‘baru rasa’ tak bersedia. Duit catering pun tak habis bayar lagi

— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) January 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kes 2. Pelajar uni email ramai orang sebab perlu kahwin segera. Kita tanya sebab apa? Terlanjur ke? Dia kata tak. Hanya nak tegakkan agama melalui perkahwinan ?. Saving dia ada rm170 baru

— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) January 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kes 3. Dah ada anak tapi kemudian nak cerai sebab tak suka komitmen sebab stress. Lebih senang hidup bujang. Habis, anak kau tinggal mcm tu je?

— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) January 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata warga Twitter bersetuju dengan pandangan Fedtri dan berpendapat kahwin awal bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah sosial seperti zina. Malah kata warga Twitter lagi, kahwin muda atau tua tidak menjadi masalah sekiranya benar-nenar sudah bersedia dan sudah rasa mampu untuk bertanggung jawab.
Terdahulu menerusi artikel dikongsi FreeMalaysiaToday.com, masalah kewangan dan kahwin ikut trend antara punca pasangan muda bercerai.

Pakar ekonomi yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Mohammad Shatar Sabran, berkata, antara punca perceraian dalam kalangan pasangan muda ialah mereka menjadikan perkahwinan sebagai trend tanpa mempunyai perancangan kewangan kukuh dan pasangan terlalu muda.

Beliau berkata, tempoh kematangan sosial bagi wanita ialah 23 tahun dan lelaki pula 25 tahun, tetapi jika mereka berkahwin sebelum usia itu, berkemungkinan akan berlaku perceraian.

“Secara majoriti, situasi kewangan keluarga buat golongan ini masih dalam keadaan tidak stabil. Mereka berkahwin hanya kerana ingin mengikut trend, iaitu kawin muda, mengikut ajakan kawan dan yang paling utama terpengaruh dengan media sosial," katanya.

Beliau berkata, perkahwinan tidak seharusnya dipandang sebagai cara menghalalkan hubungan saja.

“Seharusnya golongan muda mempersiapkan diri dan memikirkan perkahwinan memerlukan kasih sayang, kebahagiaan, pengorbanan dan tanggungjawab," ujarnya.

#Ahmad Fedtri Yahya #Kahwin Awal #Penulis Lirik