Penonton setia drama Pelindung Seorang Puteri berdebar menanti kesudahan episod akhir drama tersebut hari ini.

Gara-gara Lisa Surihani yang memegang watak Rose memuat naik sedutan epsiod akhir drama tersebut, peminatnya sudah mula gundah gulana.

Menerusi sedutan tersebut, Rose dihalau suaminya, Hazril yang dilakonkan oleh Sharnaaz Ahmad dan memintanya kembali ke bekas suaminya Saiful atau Epul (Farid Kamil).

Rata-rata berharap agar Rose tidak kembali kepada Epul yang sebelum ni hampir memusnahkan hidupnya.

“Tolong Hazril jangan tinggalkan Rose, kesian dia.

“Tak nak lah Saiful.

“Tolonglah jangan pilih Epul.

“Sekarang baru kita nampak siapa sebenarnya sayangkan Rose. Moral of the story, cemburu membunuh kebahagiaan,” komen antara pengikutnya.

Esok pd hari Isnin jam 10mlm , Astro Ria akan menayangkan episod terakhir bg drama bersiri Pelindung Seorang Puteri #pelindungseorangputeri . Terbitan @suhanmovies @iamrosyam . Arahan @yusryabdhalim . Dibintangi oleh: @lisasurihani @faridkamilz @sharnaazahmad @haleedamazlin @arashmohd30 @wannorazlin_307 @hrisbismail @jasmine_suraya @ezzatyabdullah @nadiyah.shahab @zainhamid @norreen143 @faeznick @fishfazil . Dan ramai lagi. @bambam_studios . #pelindungseorangputeri #megadrama #astroria #astroriahd #suhanmovies #legend

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on

Drama bersiri Pelindung Seorang Puteri merupakan sebuah lagi naskhah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

Saksikan Pelindung Seorang Puteri episod akhir harini jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.