Pelakon Hollywood terkenal Tom Holland telah berkunjung ke Korea Selatan bagi mempromosikan filem terbaru berjudul ‘Spiderman: Far From Home’ baru-baru ini.

Bagaimanapun, Tom tidak hadir dengan tangan kosong sebaliknya memberikan ‘hadiah istimewa’ khas buat pesakit kanak-kanak di Hospital Kanak-Kanak Universiti Seoul.

Tom yang datang membuat kejutan khas itu hadir lengkap dengan memakai kostum Spiderman.

Malah Tim juga begitu ramah melayan pesakit kanak-kanak dan tidak lokek dengan senyuman selain suka melayan karenah mereka yang ingin bergambar bersamaanya.

Paling istimewa apabila kehadirannya itu sememangnya telah dirancang oleh Tom sendiri kerana ingin menceriakan pesakit kanak-kanak dihospital berkenaan.

Kami kongsikan foto-foto menarik gelagat Tom bersama kanak-kanak dihospital: