Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tombiruo: Nabila Huda Selesa Lakonkan Aksi Lasak Tanpa Bantuan Stuntman

Kamaruddin Razal
04/10/2017 06:58 MYT
Pelakon Nabila Huda mengakui selesa melakonkan aksi lasak sendiri tanpa bantuan 'stuntman'.

Menerusi filem Tombiruo, Nabila yang mesra disapa sebagai Abil membawakan karakter sebagai seorang wartawan penyiaran bernama Wan Suraya.

"Sebelum melakukan aksi lasak dalam beberapa babak, pihak produksi ada bertanya kepada saya, adakah saya mahu membuat aksi itu sendiri atau menggunakan khidmat 'stuntman'?

"Saya tekad melakukan aksi itu sendiri kerana pihak produksi mementingkan keselamatan. Mereka pakaikan saya 'padding' sebelum melakukan aktiviti tersebut.

"Disebabkan aspek keselamatan yang baik, saya sangat selesa melakonkan aksi lasak tersebut," katanya.

Bekerja dengan dua pengarah iaitu Seth Larney dan Nasir Jani, Abil menimba banyak pengalaman baru daripada dua individu berbeza.

"Mereka mempunyai cara kerja tersendiri dan saya banyak belajar ketika berada di set penggambaran Tombiruo.

"Insya-Allah jika filem ini ada sambungan, saya bersedia untuk terlibat dalam siri seterusnya," katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo, di MBO The Starling, Damansara, baru-baru ini.

Jangan lupa untuk menyaksikan filem adaptasi karya novelis thriller no 1 Malaysia, Tombiruo, di pawagam bermula 12 Oktober ini.

Filem Tombiruo membariskan Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Atu Zero, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa dan ramai lagi..

Teks Oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @kupu_kupu


#Nabila Huda #Tombiruo
;